Bekas KP Kastam Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 11:30 AM

Abdul Halil Abd Mutalib.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tan Sri Abdul Halil Abd Mutalib, 70, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di sini kira-kira jam 10 malam Jumaat akibat kanser hati.

Menurut laman Facebook rasmi JKDM, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang di sini sebelum Zohor pada Sabtu selepas disembahyangkan di Masjid Jamil Huda, Kampung Melayu Ampang di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Khazali Ahmad menyifatkan pemergian Allahyarham Abdul Halil sebagai kehilangan besar buat negara.

"Allahyarham seorang yang peramah dan berdedikasi serta mempunyai banyak pengalaman kerana telah menjawat pelbagai jawatan.

"Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah dua bulan lepas ketika menziarahinya di rumah kerana sakit," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Khazali mewakili seluruh warga JKDM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Halil, yang meninggalkan isteri Puan Sri Nabiha Mahmur dan tiga orang anak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JKDM , Abdul Halil Abd Mutalib

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan