Perpaduan Bukan Perkara Yang Boleh Diambil Mudah - Berita Semasa | mStar

Perpaduan Bukan Perkara Yang Boleh Diambil Mudah

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 1:25 PM

Leftenan Salehuddin Abd Muttalib (kiri, bawah)

(Ubah saiz teks)

PADA masa itu beliau hanya berusia 22 tahun, tetapi Leftenan Salehuddin Abd Muttalib perlu menghabiskan hampir 10 malam tidur bersama tiga bekas komunis sebagai persediaan untuk menyerang dan melumpuhkan pemberontak yang menentang rakyat Malaysia di Sarawak.

"Persediaan rapi diperlukan bagi memastikan 'Ops Teliti' berjaya. Saya terlebih dahulu terpaksa memenangi hati dan minda mereka bertiga sebelum mereka mendengar arahan saya untuk membunuh bekas ketua mereka," kata Salehuddin.

Beliau bersama ketiga-tiga bekas komunis itu membuat persediaan untuk melancarkan serangan terhadap Parti Utara Kalimantan Komunis (PARAKU) yang menentang pembentukan Malaysia.

Kemudian, pada hari ke-10, mereka berjaya membunuh pemimpin PARAKU, Ketua Pasukan Bersenjata 330, Fam Tze Heong dan isterinya Hooi Yinn selepas menunggu selama empat hari bagi memastikan pasangan itu 'masuk' ke dalam perangkap mereka.

"Saya menggunakan senapang automatik dan hanya mempunyai 20 peluru. Dengan hanya menarik satu picu, saya akan menghabiskan peluru-peluru itu.

"Saya melepaskan tembakan terhadap Fam, memulas lehernya dan menikam kedua-dua mereka dengan parang," kata Salehuddin sambil menambah AK47 dan Sten Gun, peluru, wang tunai dan ketulan emas adalah antara barangan yang dirampas.

Pembunuhan Fam dan isterinya akhirnya melumpuhkan PARAKU.

Salehuddin kemudian telah dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB).

Mengimbas kembali zamannya mudanya, Salehuddin berkata hubungan erat di kalangan rakan tentera adalah penting.

"Disebabkan perpaduan di kalangan tentera dan para pegawai daripada semua kaumlah yang banyak menyumbang kepada kejayaan kami dalam usaha membanteras komunis," katanya.

Salehuddin juga telah dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur pada tragedi 13 Mei 1969.

"Pasukan kami telah ditahan di Jalan Cochrane oleh sekumpulan perusuh yang bersenjatakan kayu, lembing dan batu. Jalan-jalan menuju ke arah Kuala Lumpur telah disekat."

Sebagai pemimpin pasukan, Salehuddin telah diarahkan untuk berbincang dengan pemimpin. Setelah mengetahui bahawa mereka adalah rejimen yang berbilang kaum, perusuh melepaskan mereka.

Beliau juga mengimbas kembali bagaimana sebuah keluarga Cina yang terperangkap di Chow Kit Road telah dibantu.

"Saya melihat pasangan itu bersama anak mereka di belakang bangunan yang kini adalah Kompleks Pertama. Mereka berada dalam ketakutan, jadi saya tanya di mana mereka tinggal dan saya menghantar mereka di Kampung Air Panas, Setapak menaiki kenderaan Land Rover kami, diiringi oleh kereta perisai.

"Tragedi yang sama boleh berlaku lagi jika kita tidak terus memperkukuhkan perpaduan kita.

"Kita tidak boleh memandang ringan aspek perpaduan," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan