PM, TPM Urus Jet Bawa Pulang Jenazah Haron Din

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 4:39 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menguruskan penghantaran jet ke Amerika Syarikat bagi membawa pulang jenazah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din ke Malaysia.

Perkara itu disahkan Ahmad Zahid menerusi catatan terbaharunya dalam laman Twitter rasmi beliau pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata beliau sekeluarga berasa dukacita dengan pemergian tokoh Islam negara itu dan mendoakan beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama hamba-Nya yang soleh.

"Saya sekeluarga turut dukacita atas kembalinya Datuk Dr Harun Din. Saya bercakap dgn isteri beliau. Perdana Menteri dan saya sudah urus jet bawa jenazah pulang.

"Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambanya yang soleh. Al Fatihah," katanya.

SILA KLIK: Jenazah Haron Din Dikebumikan Di San Francisco

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Haron Din , jet , komplikasi jantung

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan