Haron Din Tokoh Islam Berjasa Kepada Negara - PM

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 12:39 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbual mesra bersama Datuk Dr Haron Din semasa kunjungannya ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, April lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata negara kehilangan seorang tokoh Islam yang banyak berjasa berikutan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Amerika Syarikat, Jumaat.

Perdana menteri berkata beliau rapat dengan Allahyarham dan berkongsi keinginan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang makmur.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tuan Guru Haron Din telah kembali ke rahmatullah. Kita kehilangan tokoh Islam banyak jasa.

"Saya rapat dengan beliau, kami inginkan Malaysia negara Islam makmur. Moga roh Allahyarham Haron Din dikurnia husnul khotimah dan Al-Jannah. Al-Fatihah," kata Najib menerusi catatan beliau dalam laman Twitter @NajibRazak Jumaat.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.


Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan