Haron Din Minta Dikebumikan Di AS - Dr Mahfodz

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 2:28 PM

Datuk Dr Haron Din

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mungkin akan dikebumikan di Amerika Syarikat (AS), seperti mana yang diamanatkan oleh beliau kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata Haron membuat permintaan itu kepada keluarga dan rakan-rakan parti di Perlis.

"Besar kemungkinan jenazahnya akan dikebumikan di Amerika.

"Arwah telah membuat permintaan ini kepada keluarga dan rakan-rakan PAS di Perlis sebelum berlepas untuk menjalani rawatan di Amerika," kata Dr Mahfodz.

Dr Mahfodz berkata PAS menghormati amanat Haron dan keputusan keluarganya berhubung perkara ini.

"Kami sedang membincangkan perkara ini dengan keluarganya tetapi menerima keputusan mereka untuk mengebumikannya di Amerika dengan berat hati.

"Ia bermakna kita tidak mendapat peluang untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir dan melakukan solat jenazah," katanya.

Dr Mahfodz juga berkata pengebumian pada hari yang sama dengan kematian adalah selaras dengan tuntutan Islam.

"Keluarga juga mungkin tidak mahu jenazah menjalani prosedur tertentu sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang ke Malaysia," katanya.

Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford di San Francisco, California pada pagi Jumaat selepas koma akibat komplikasi jantung.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan