Jenazah Haron Din Dikebumi Selepas Solat Jumaat Di AS

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 11:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat (AS) selepas solat Jumaat waktu tempatan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata sebelum itu jenazah Allahyarham akan dimandi dan disolatkan di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco, pada pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan (1.00 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Berikutan itu, beberapa masjid di seluruh negara akan mengadakan solat jenazah ghaib antaranya di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar malam Jumaat dan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pukul 9 pagi Sabtu.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Haron Din

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan