Semangat Sehati Sejiwa Semarakkan Sambutan Hari Malaysia 2016

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 11:24 PM

Najib dan isterinya tiba di Bintulu sempena sambutan Hari Malaysia 2016. foto ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Semangat "Sehati Sejiwa" menyemarakkan sambutan Hari Malaysia 2016 peringkat kebangsaan yang berlangsung di tapak lapangan lama di bandar minyak dan gas ini di pesisir pantai di sini.

Kira-kira 12,000 hadirin terdiri daripada penduduk pelbagai kaum dan mewakili pelbagai lapisan masyarakat mula membanjiri venue sambutan seawal 7 malam ketika cuaca nyaman untuk menyaksikan acara penuh bersejarah yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Sambutan bertemakan "Sehati Sejiwa", yang diadakan di sini bagi kali kedua,  bermula dengan pelbagai acara hiburan termasuk persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik pada 7 malam.

Pada 7.30 malam, para tetamu undangan termasuk orang-orang kenamaan mula menuju ke lokasi.

Mereka termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Seri Jamilah Anu dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan isteri Datin Seri Genevieve Kitingan. Pairin mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Mereka diikuti, beberapa minit kemudian, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut serta ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tong Lai dan  menteri kabinet persekutuan dan negeri yang lain.

Lagu kebangsaan Sarawak "Ibu Pertiwiku" berkumandang sejurus selepas ketibaan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Ini disusuli dengan acara bertenaga oleh para peserta yang memeriahkan sambutan diikuti dengan tayangan klip video Hari Malaysia. Acara kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Adenan dan Najib.

Peserta konvoi Kembara Jalur Gemilang yang terdiri daripada kira-kira 50 pegawai Jabatan Penerangan negeri diketuai oleh Aba Sam menuju ke pentas VIP untuk menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua Kumpulan Aktivis Sehati Sejiwa Bintulu, Izzuadi Yassin yang kemudian menyerahkannya kepada Najib.

Ini sususli dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh kumpulan sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia diiringi lagu Negara Ku yang dimainkan oleh pancaragam pasukan polis.

Apabila selesai, Tun Abdul Taib, disaksikan oleh Najib, Adenan, Pairin, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Masing (menteri bertanggungjawab bagi sambutan) dan lain-lain memukul gendang tanda simbolik dengan mendapat tepukan gemuruh daripada peserta dan hadirin.

Beliau kemudian menandatangani Buku Khas sambutan Hari Malaysia sebelum  memotong kek.

Sambutan diteruskan dengan beberapa persembahan hiburan sebelum acara berakhir kira-kira 1030 malam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hari Malaysia 2016 , Bintulu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan