Hadi Awang Ucap Takziah Kepada Keluarga Haron Din

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 2:08 PM

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat Jumaat.

Beliau berkata Allahyarham Haron adalah di antara generasi awal lulusan Islam yang bersama-sama dengan PAS sejak parti itu ditubuhkan.

"Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal lulusan Islam bersama dengan Profesor Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam.

"Kita harap semua sumbangan Allahyarhamterhadap Islam dapat diterima  Allah SWT dansemua kekurangan beliau diampunkan oleh Allah SWT.

"Mudah-mudahan Allah bagi rahmat dan meletakkan rohnya bersama para Anbia, syuhada dan para solehin yang menegakkan Islam," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan