Don Hu Park Garden Jadi Tarikan Baharu Di Muar

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Minat mendalam terhadap haiwan prasejarah mendorong pengusaha pokok semaian, Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif sendiri menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China.

Sejak dibuka kepada orang ramai dua bulan lepas, Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai Don Hu Nursery di Jalan Pintasan Muar, tidak putus dikunjungi orang ramai yang tertarik dengan keunikan taman tersebut.

Heng, 35, berkata beliau tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung dan kehadiran orang ramai sentiasa dialu-alukan olehnya.

"Saya bina taman ini kerana mahu bagi peluang kepada orang ramai membawa anak-anak mereka berhibur di taman ini memandangkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan di sini (Muar)," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sehingga kini, tamannya sudah mempunyai 12 patung dinosaur termasuk spesies Tyrannosaurus Rex dan tiga patung lagi akan dipasang pada bulan depan.

"Sekarang, kerja-kerja pembinaan hanya siap 50 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya dua bulan lagi," katanya.

Heng berkata beliau membelanjakan sejumlah RM10,000 hingga RM30,000 bagi sebuah patung dinosaur bergantung kepada saiz yang ditempah daripada seorang kenalan dari Guangzhou, China.

Ditanya sama ada beliau akan mengenakan bayaran bagi pengunjung pada masa hadapan, anak jati Muar itu berkata beliau tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung kerana beliau gembira apabila melihat ramai orang berkunjung ke tamannya.

"Saya rasa gembira apabila orang ramai datang ke sini walaupun mereka datang hanya semata-mata untuk tengok patung dinosaur dan bukannya untuk membeli pokok hiasan yang saya jual," katanya.

Heng berkata beliau bercadang untuk meluaskan lagi taman Jurassic Park tersebut dengan menyediakan kawasan riadah untuk kanak-kanak, pameran barang antik dan juga lawatan ke ladang ayam dan itik miliknya di tanah seluas 5.6 hektar itu.

"Kalau tanya berapa jumlah saya dapat untung...memang susah untuk dijelaskan kerana saya bagi masuk percuma, saya buka taman ini lebih kepada untuk mendapat kepuasan dan kongsi bersama orang ramai," katanya.

Beliau berkata tamannya itu dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Hafezza Saidin, 41, berkata peluang memasuki taman dinosaur tersebut secara percuma amat mengejutkannya kerana selama ini semua taman tema dikenakan bayaran mahal.

Beliau berharap taman tersebut dapat dikekalkan kerana bakal menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan luar negara.

"Saya rasa kagum dan teruja kerana patung dinosaur tersebut kelihatan seperti hidup dan pelbagai saiz, ini merupakan idea kreatif pemilik," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Muar , Don Hu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan