Detik-Detik Kebersamaan Perkukuh Kekuatan Negara - PM

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 11:33 PM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih kuat sekiranya wujud lebih banyak detik-detik kebersamaan dalam kalangan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap pada sambutan Hari Malaysia 2016 peringkat kebangsaan di sin malam ini, katanya, Malaysia telah berdepan dengan banyak cabaran dan halangan sejak pembentukan negara 53 tahun lepas tetapi dengan perpaduan rakyat, negara menjadi kukuh dan berjaya.

"Ini kerana kita menjadi sebagai satu keluarga besar...kita kuat dan oleh kerana kita bersatu, kita dapat bangkit bersama-sama untuk berdepan dengan cabaran," katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan rasa kebersamaan, antara lain, mencari titik persamaan dan detik-detik perpaduan yang boleh memperkukuhkan perpaduan sosial. Najib berkata detik-detik perpaduan boleh ditemui dalam bidang sukan dan kesenian.

"Apabila Pandelela Rinong, yang merupakan seorang wanita Bidayuh berjaya di Sukan olimpik Rio, kita semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dapat berkongsi kejayaannya. Begitu juga atlet Paralimpik yang memmbuat kita semua bangga dengan pencapaian rekod dunia.

"Apabila Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Adenan Satem mendendangkan lagu 'The Young Ones', kita semua berasa amat terhibur. Ini adalah perkara-perkara yang perlu kita cari dalam kalangan kita," katanya.

Dalam perkembangan lain, perdana menteri berkata rakyat Sarawak telah membuat keputusan tepat untuk menerima pembentukan Malaysia pada 1963 bersama-sama dengan negeri-negeri di Malaya, Borneo Utara dan Singapura (yang meninggalkan Persekutuan pada 1965).

Katanya pembentukan Malaysia telah membantu menghidari anacaman dalaman dan luaran seperti komunisme.

Najib berikrar bahawa beliau akan meneruskan agenda untuk membangunkan kedua-dua Sarawak dan Sabah supaya rakyat di negeri itu dapat menikmati pembangunan yang inklusif dan seimbang.

Sambutan Hari Malaysia dengan tema 'Sehati Sejiwa' di tapak lapangan terbang lama Bintulu itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hari Malaysia 2016 , Bintulu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan