PRU-14: BN Diminta Usah Pandang Remeh Pertandingan Satu Lawan Satu

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 9:49 PM

Tajuddin Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Umno dan Barisan Nasional (BN) harus ambil serius dan memikirkan strategi terbaik bagi menghadapi kemungkinan berlaku pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah itu dengan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Peringatan itu disuarakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata kemungkinan itu boleh berlaku kerana pembangkang memang sudah lama bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Namun, katanya, parti pembangkang tidak mungkin dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan sendiri.

"Pemimpin dan ahli parti (Umno/BN) kenalah bersiap sedia dari awal untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dakyah dan fitnah yang dimainkan pembangkang.

"(Rakyat harus diberitahu bahawa) dasar-dasar parti mereka (pembangkang), kalau mereka berjaya membentuk kerajaan, ia tidak menjamin masa depan sebuah negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta tidak menjamin masa depan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Perdana Sempena Aidiladha dan Penyampaian Insentif NKEA Padi EPP II Musim 1/2016 Kawasan Sungai Manik/Labu Kubong di sini, malam Jumaat.

Dalam pada itu, Tajuddin, yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak, berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menyebarkan pelbagai dakyah yang tidak berasas dalam usahanya menjatuhkan Umno dan BN.

"Kerana itulah juga saya menyeru kepada semua pemimpin dan ahli Umno agar berwaspada kerana PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) berkempen dengan menyebarkan dakyah yang merupakan tuduhan yang diasak tohmahan," katanya.

Katanya ahli serta penyokong Umno perlu menyedari perkara ini dan mengambil tindakan yang tepat bagi memastikan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir tidak berjaya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bn , Umno , PRU-14

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan