Ramai Pilih Lahirkan Anak Pada Hari Malaysia, Feng Shui Baik

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 9:57 PM

Lucas Sea (Kanan) dan isterinya wife Chew Chean Yee bersama bayi mereka. foto ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua pasangan suami isteri memilih untuk melahirkan bayi mereka dengan kaedah pembedahan pada Jumaat, kerana percaya tarikh bersempena Hari Malaysia itu membawa tuah kepada kehidupan anaknya.

Seorang daripada mereka, Chew Chean Yee, 29, berkata dia dan suami memutus untuk berbuat demikian kerana sedar 'feng shui' yang baik kepada anaknya jika memilih tarikh berkenaan.

"Kami juga memilih tarikh ini kerana mahu tarikh lahir bayi ketiga kami ini disambut seluruh rakyat Malaysia, setiap tahun," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Puteri KPJ di sini.

Di sebalik dijadualkan bersalin pada 25 September ini, Chew selamat melahirkan bayi perempuan mereka seberat 3.45kg pada pukul 8.42 pagi Jumaat.

Sementara itu, seorang warga Vietnam, Phan Thi Ngoc Da, 28, yang turut melahirkan bayi lelakinya di hospital sama, berkata dia dijadualkan melahirkan anak ketiganya pada 30 September lepas namun telah bersalin pada pukul 8.14 pagi Jumaat menerusi kaedah pembedahan.

"Kami percaya kepada feng shui dan berharap anak kami menjadi seorang yang rajin kerana kami telah memilih waktu kelahirannya antara pukul 7 hingga 8.30 pagi.

"Waktu itu bermaksud semua orang pergi bekerja," katanya yang gembira anaknya dilahirkan sihat dengan berat 3kg.

Di Hospital Sultanah Aminah pula, sejumlah 18 bayi terdiri daripada 12 perempuan dan enam lelaki dilaporkan dilahir antara pukul 12.01 tengah malam tadi hingga 12 tengah hari Jumaat.

Hospital Columbia Asia turut merekodkan kelahiran seorang bayi lelaki seberat 3.85kg pada pukul 5 petang.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hari Malaysia , feng shui

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan