Kaji Pendekatan Islam Bagi Perangi Ekstremis Agama - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 11:30 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu mengkaji semula pendekatan mereka mengenai Islam terutamanya dari segi kesederhanaan bagi memerangi ekstremis agama, kata Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata mesej Islam sebenar harus diperjelaskan bagi menangani fahaman dan ideologi ekstremisme.

Selain itu, umat Islam perlu menitikberatkan ilmu pengetahuan dan bukannya menekankan kepada aspek keagamaan semata-mata kerana Islam tidak terhad kepada solat sahaja, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Perkim peringkat kebangsaan kali ke-55, di sini malam Rabu.

"Kita (umat Islam) tidak boleh melupakan aspek pendidikan, tanpa ilmu pengetahuan ummah tidak akan dapat bersaing dengan negara-negara besar dunia.

"Tetapi malangnya pada hari ini orang Islam lebih gemar berperang sesama sendiri dan menggunakan keganasan. Ini bukan Islam sebenar," katanya.

Mesyuarat dua hari bermula hari ini dihadiri lebih 200 perwakilan Perkim di seluruh negara, dan pada majlis itu Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria dianugerahi Tokoh Pendakwah Unggul Perkim 2016 di atas usahanya mengembangkan ajaran Islam.

Turut hadir Setiausaha Agung Kehormat Perkim Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan