Serpihan Ditemui Di Perairan Tanzania Sah Milik MH370

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Serpihan pesawat yang ditemui di perairan Tanzania pada Jun lalu disahkan milik MH370, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menteri Pengangkutan itu berkata nombor siri dan tarikh pembuatan pada serpihan yang ditemui tersebut sepadan dengan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) berkenaan.

"Pasukan penyiasat akan meneliti maklumat lanjut lain sekarang dan mengkaji bagaimana insiden itu berlaku," katanya.

Serpihan pesawat itu dilaporkan ditemui di Kepulauan Pemba, Tanzania dalam Lautan Hindi pada 20 Jun lalu.

Nombor siri dan tarikh pembuatan pada serpihan yang ditemui sepadan dengan MH370.

Ia dihantar ke Australia untuk dianalisis oleh Biro Keselamatan Pengangkutan negara itu.

Sebelum ini, beberapa serpihan yang dikaitkan dengan pesawat MH370 ditemukan sejak tahun lepas, namun hanya bahagian flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion di Lautan Hindi disahkan sebagai 100 peratus milik pesawat malang itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika pesawat Boeing 777 itu dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , serpihan , perairan Tanzania

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan