Peniaga Tiada 'Durian Runtuh' Kerana Cuaca Tidak Menentu

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 9:21 AM

Ong Sim Lim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cuaca tidak menentu dan pengeluaran yang rendah bermakna musim ini bukanlah musim yang sangat menguntungkan buat penjual durian.

Ong Sim Lim, yang membantu menjalankan perniagaan Donald's Durian di Seksyen 19 di sini berkata faktor utama yang memberi kesan kepada mereka adalah cuaca, di mana ia boleh bertukar dari panas ke sejuk dalam masa yang singkat.

"Cuaca tidak menentu dan ini juga boleh menjejaskan kualiti dan tekstur durian. Sebab itu jumlah buah berkurangan," katanya.

Sim Lim yang telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama 20 tahun berkata jumlah buah ini tidak banyak kerana pembekal memilih untuk mengeksport durian ke negara-negara seperti China dan Indonesia.

"Sudah pasti untung kami lebih banyak pada tahun lepas. Pada tahun ini, keuntungan kami menurun sekurang-kurangnya 30 peratus.

"Dan sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku tahun depan," katanya kepada The Star.

Tahun ini, harga Musang King ialah RM45.50 sekilo, meningkat dari RM38 pada tahun lepas.

Seorang lagi penjual durian Faizal Safrizal berkata beliau tidak dapat menjual durian pada minggu ini kerana tidak ada stok.

"Perniagaan perlahan tahun ini, mungkin disebabkan oleh cuaca," katanya.

Merancang untuk meneruskan perniagaannya di Sepang minggu depan, pemuda berusia 36 tahun itu berkata, beliau biasanya mendapat bekalan dari Johor dan Pahang.

"Tetapi banyak pokok tidak berbuah di sana. Dalam setiap ekar, kira-kira lima pokok sahaja yang berbuah," katanya.

Kebun Durian Bao Sheng yang popular di Pulau Pinang telah berhenti menjual durian kerana musimnya telah berakhir.

"Musim durian di Pulau Pinang berbeza dengan negeri-negeri lain," kata anak kepada pemilik kebun, Zhang Zhi Vooi.

"Ia biasanya bermula pada Mei hingga akhir bulan Ogos. Di sini kami tidak makan durian pada bulan September," katanya.

Beliau berkata pelancong akan kecewa apabila mereka diberitahu bahawa durian sudah tiada stok.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan