RM250 Juta Naik Taraf Pencawang Elektrik LRT Laluan Kelana Jaya

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 8:40 PM

Azmi Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperuntukkan RM250 juta bagi menaik taraf pencawang tenaga elektrik laluan LRT Kelana Jaya serta beberapa kerja sampingan bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata kerja menaik taraf pencawang tenaga elektrik perlu disegerakan berikutan hasil penilaian mendapati beberapa komponen penting seperti bekalan tenaga elektrik bagi menggerakkan tren di laluan Kelana Jaya memerlukan penambahbaikan.

"Hasil siasatan awal mendapati punca insiden tempoh hari tidak ada kaitan dengan tren. Kami mendapati tren berhadapan masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik yang tidak mampu menanggung jumlah tren pada waktu puncak.

"Kerja naik taraf ini akan siap sepenuhnya hujung tahun ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Prasarana, di sini Khamis.

Sidang media itu diadakan bagi mengumumkan langkah Prasarana bagi mengatasi masalah gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 September lepas.

Azmi berkata kos tersebut tidak melibatkan kos naik taraf kabel elektrik di laluan berkenaan memandangkan pihak syarikat masih mengenal pasti jumlah kabel elektrik yang perlu diganti.

"Sekarang kami sedang kenal pasti kabel elektrik yang perlu diganti sebelum tiba tarikh penggantian. Jumlah kabel elektrik ini banyak. Maka kami akan pastikan tidak ada yang terlepas pandang," katanya.

Mengenai pengukuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelak insiden sama berulang, Azmi berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada pengeluar kabel elektrik bagi mengenal pasti punca kegagalan membekalkan tenaga elektrik secukupnya.

"Kabel ini uzur sebelum tempohnya iaitu 20 tahun. Ia telah digunakan selama 18 tahun namun ia uzur sebelum tempoh tersebut.

"Maka pihak kami ambil langkah segera untuk gantikan kabel elektrik. Maklum balas dan tindakan segera ini perlu bagi kami untuk mengetahui jumlah kos yang perlu," katanya.

Ditanya mengenai pertemuan kedua beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis, Azmi berkata perdana menteri mahu pihak syarikat  mencari jalan agar gangguan seumpama itu tidak berulang.

Katanya, perdana menteri menyatakan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam perlu dititikberatkan agar tidak menyusahkan pengguna, malah menyokong tindakan naik taraf secara segera yang diambil Prasarana.

Pada 7 September lepas, ribuan pengguna terkandas di beberapa stesen laluan LRT Kelana Jaya sejak 7 pagi akibat masalah berkaitan sistem isyarat dan komunikasi yang menyebabkan kelewatan perjalanan tren di antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi, dan perkhidmatan pulih kira-kira 1.15 tengah hari.

Pada 9 September lalu, perkhidmatan LRT bagi laluan Setiawangsa-KLCC terganggu semasa waktu puncak pada 9 pagi apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba terhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.

Penumpang tren berkenaan kemudian terpaksa berjalan di atas trek menuju ke Stesen Damai dengan mengambil masa hampir 10 minit, dan perkhidmatan pulih pada kira-kira 11.45 pagi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Prasarana , LRT , Kelana Jaya , pencawang elektrik

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan