MCA Pastikan BN Kukuh Hadapi PRU 14

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Parti MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) saling memerlukan antara satu sama lain untuk terus memastikan BN terus kekal sebagai sebuah parti yang kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata gandingan kukuh antara semua parti komponen BN termasuk MCA, MIC dan Gerakan dan parti lain selaras dengan konsesus kesepakatan dan keserasian yang telah lama dipegang dan diamalkan oleh pemimpin dan ahli parti komponen.

"Adalah penting keserasian dalam parti BN diperkukuh dan bagi mana-mana pemimpin BN kita perlu saling memerlukan antara satu sama lain. Sokongan antara kaum Melayu, Cina dan India adalah penting bagi memastikan BN terus kekal.

"Berpandukan prinsip inilah sampai sekarang semangat sokongan antara semua kaum komponen BN terus kukuh dan kalau sikap saling membantu ini diamalkan, ia akan terus membawa berkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Jasin di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 'perang dingin' antara anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker tentang peranan dan sumbangan parti komponen masing-masing terhadap BN.

Mengulas lanjut, Wee berkata setiap parti komponen BN yang kukuh perlu membantu parti komponen lemah memandangkan semua parti komponen adalah di bawah satu keluarga dan ia penting bagi meneruskan agenda yang telah dirancang untuk rakyat dan negara.

Beliau berkata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengadakan pertemuan dengan Mohamed Nazri semalam dan telah berbincang secara panjang lebar serta meluahkan pandangan dan reaksi akar umbi MCA terhadap isu yang diperdebatkan antara Ti dan Mohamed Nazri untuk menghentikan 'perang dingin' tersebut.

Sementara itu, Wee berkata MCA sedang giat memperluas jaringan dalam pelbagai aspek bagi menarik lebih ramai pengundi baharu untuk menyertai BN melalui parti komponen berkenaan termasuk menggembleng tenaga di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi untuk memastikan kemenangan BN pada PRU14.

Beliau berkata selain itu MCA kini dalam proses untuk menubuhkan satu cawangan baharu iaitu cawagan Bemban Height di sini selaras dengan penerimaan baik masyarakat Cina terhadap MCA dan BN terutama dalam kalangan golongan muda di kawasan tersebut.

"Kami telah mengemukakan permohonan anggota baharu pada ibu pejabat MCA dan ia menunjukkan MCA masih lagi mampu menarik minat dalam kalangan orang muda atau yang baharu, untuk menganggotai parti kami," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MCA , BN , Wee Ka Siong

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan