Tun M: Belum Masa Bebaskan Anwar

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan masanya belum tiba untuk membincangkan perjuangan membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata agenda yang dinyatakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.

"Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.

"Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu," kata Dr Mahathir di sini, Khamis.

Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55.

Dr Mahathir juga berkata beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 November.

Sementara itu mesyuarat dua hari Perkim itu yang berakhir hari ini memilih calon Ahli Majlis Kebangsaan.

Dr Mahathir menang tanpa bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Perkim bagi sesi 2016-2019 dan Datuk Dr Abu Bakar Shaari kekal sebagai pengerusi tetap menewaskan calon dari cawangan Kuala Langat, Husain Anjang Pulau.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjadi Naib Yang Dipertua Perkim Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata 'Bebaskan Anwar' tidak patut dijadikan agenda perjuangan dan jika ia dilaksanakan, maka pembangkang juga perlu memperjuangkan pembebasan tahanan lain di negara ini.

"Kalau nak bebaskan Anwar, kena bebaskan semua. Jika perjuangan nak bebaskan individu tertentu sahaja bagaimana pula nasib ramai lagi tahanan lain.

"Mungkin mereka (tahanan lain) kecil jadi mereka tidak dilihat," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Tun M

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan