Larangan Pemilikan Anjing Di Melaka Berkuat Kuasa Sejak 2013 - Berita Semasa | mStar

Larangan Pemilikan Anjing Di Melaka Berkuat Kuasa Sejak 2013

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 9:10 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Larangan pemilikan anjing bagi mereka yang tinggal di rumah teres lot tengah di sini telah dikuatkuasakan sejak 2013 tetapi lesen terus dikeluarkan mengikut kes.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata kira-kira 3,000 lesen anjing diluluskan empat ahli majlis pihak berkuasa tempatan pada tahun ini membabitkan baka American Pitbulls, Rottweillers, Dobermans dan German Shepards.

"Kami tidak menghalang mana-mana pemilik anjing untuk memiliki haiwan peliharaan meskipun peraturan rumah teres lot tengah tidak dibenarkan untuk membela anjing.

"Kami akan melihat kes demi kes. Ahli majlis pihak berkuasa tempatan tidak sewenang-wenangnya menafikan lesen jika anjing terbabit tidak memberi ancaman kepada jiran tetangga.

"Peraturan mengenai anjing peliharaan di rumah teres dikuatkuasakan berikutan peningkatan aduan penduduk mengenai anjing ganas dan salakan yang kuat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ismail berkata ahli majlis pihak berkuasa tempatan meluluskan lesen pemilikan anjing bagi mereka yang tinggal di rumah teres lot tengah jika jiran tetangga mereka bersetuju mengenainya.

Katanya, ahli majlis pihak berkuasa tempatan juga tiada pilihan bagi kes tertentu di mana jiran tetangga pemohon lesen membantah mengenai perkara itu.

Jelas Ismail, beliau bingung mengapa isu itu tiba-tiba timbul sedangkan undang-undang mengenainya sudah diluluskan tiga tahun lalu.

"Bagaimanapun, Ketua Menteri (Datuk Seri Idris Haron) akan mengadakan mesyuarat dengan semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan sebaik sahaja pulang dari mengerjakan haji," katanya.


Tags / Kata Kunci: larangan pemilikan anjing , Melaka
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan