Kolam Lumpur Punca Gajah Mati Di Tawau

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 10:14 PM

Lima ekor gajah ditemui mati dalam kolam berlumpur di Tawau.

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kolam lumpur yang memerangkap sembilan ekor gajah dan menyebabkan lima mati berdekatan Kem Pembalakan Berkat Saga di Rinukut Tawau adalah bekas kuari lama.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan turut mengesahkan kawasan itu merupakan tempat Penanaman Semula Hutan di bawah program pembangunan hutan yang dilaksanakan oleh jabatan itu.

Katanya bekas kuari itu memang sudah sedia ada di kawasan itu ketika program penanaman semula hutan dilaksanakan.

Menurutnya syarikat yang dilantik oleh jabatan itu mengendalikan program penanaman semula hutan itu meninggalkan kawasan itu sejak 15 tahun lepas selepas kerja selesai.

"Kewujudan kuari itu kemudian menjadi sumber air jika berlaku kebakaran di kawasan itu. Disebabkan terlalu lama, paras kedalaman kuari itu menjadi dalam dan berlumpur.

"Ia menyebabkan gajah tersebut masuk ke dalam kuari lama itu hanya sekadar untuk menyejukkan diri dan mandi, namun tidak dapat naik semula," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Festival Burung Borneo Kelapan yang disempurnakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Nyuk Ming di Rainforest Discovery Centre di Sepilok dekat sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas lima daripada sembilan ekor gajah ditemukan mati setelah terperangkap di dalam kolam lumpur berdekatan Kem Pembalakan Berkat Saga iaitu sebuah perusahaan kayu balak di Rinukut, Sabtu lalu.

Dua ekor lagi terpaksa di 'eutanasia' (dimatikan) bagi mengelakkan terus sengsara ekoran terlalu lemah, kekurangan air serta buta.

Dalam pada itu, Pang berkata Jabatan Hidupan Liar Sabah diarah untuk membuat siasatan mendalam berhubung perkara itu.

Katanya jabatan itu akan mengemukakan laporan lengkap hasil siasatan kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Menurutnya laporan itu turut mengandungi faktor kejadian berkenaan dan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan ia tidak berulang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kolam lumpur , gajah mati , Tawau

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan