Keluarga Berang Anak Mahu Kahwini Lelaki Didakwa Merogolnya

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pekerja medan selera berusia 20 tahun mahu berkahwin dengan orang yang didakwa merogolnya,  seorang lelaki berumur sebaya dengan bapanya dan mempunyai beberapa orang isteri.

Pada sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pengerusi Aduan Awam Gerakan Datuk Wilson Lau Hoi Keong di pejabatnya di Kepong, bapa mangsa mendakwa anaknya telah dirogol pada Jun.


Mangsa dipercayai berkenalan dengan lelaki pembekal sayur berusia 52 tahun itu ketika berkerja.


Selepas menjalinkan hubungan dalam tempoh masa tertentu, lelaki itu membawa mangsa ke rumahnya di Kepong, di mana dia didakwa telah memaksa mangsa yang menolak pelawaannya.

Mangsa memberitahu ibu bapanya bahawa dia telah dirogol tidak lama selepas itu tetapi enggan membuat laporan polis.

Bapanya berkata anak perempuannya itu bersimpati dengan lelaki yang didakwa sebagai perogol itu, yang mempunyai beberapa orang isteri dan anak.

Lelaki itu menawarkan diri untuk bertanggungjawab dengan cara mengahwini mangsa.

Bapanya berkata anaknya telah memberitahu keluarga tentang niat untuk berkahwin pada 27 Jun, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bapanya, berumur sebaya dengan lelaki yang dituduh merogol telah membuat laporan polis bagi pihak anak perempuannya pada 10 Julai.

Tetapi disebabkan usia mangsa dan dia sendiri enggan membuat pendakwaan, pihak polis tidak dapat bertindak terhadap lelaki tersebut.

"Rogol dulu, kemudian kahwin? Dia pandai bermain kata-kata supaya anak saya mahu mengahwininya. Kami menentangnya!

"Jurang umur juga terlalu besar. Jika mereka berkahwin, adakah dia akan memanggil saya 'bapa'?."

Wilson berkata keluarganya mendekati Gerakan untuk mendapatkan bantuan dan apabila dia telah cuba menasihati mangsa, tetapi mangsa tidak mahu mendengarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan