Migrasi Air: Kerajaan Kelantan Berterima Kasih Kepada Kerajaan Persekutuan

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 10:54 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (dua, kiri) menyaksikan pemerteraian perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air antara Kerajaan Persekutuan dan Kelantan di Bangunan Perdana Putra, Rabu.
 Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang (kiri) mewakili Kerajaan Persekutuan bertukar dokumen dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd Datuk Hanifa Ahmad.
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan selepas memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan setelah permohonan dibuat pada 2008.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata dengan termeterainya perjanjian itu, peruntukan kewangan bagi Program Pembangunan Bekalan Air di masa hadapan akan lebih terjamin, serta komitmen daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan lebih kukuh dalam menjamin perkhidmatan bekalan air ditingkatkan dalam masa terdekat.

"Peruntukan kewangan ini diperlukan demi untuk merealisasikan Rancangan Pembangunan Hiliran Bekalan Air Negeri Kelantan yang sekian lama dipohon daripada Kerajaan Persekutuan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melalui Kerajaan Kelantan.

"Walaupun peruntukan disalurkan dalam tiga Rancangan Malaysia lalu, namun masih banyak lagi peruntukan kewangan yang diperlukan bagi melestarikan perkhidmatan bekalan air Negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Rabu.

Pada Rabu, kerajaan Persekutuan dan Kelantan memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan yang bakal memanfaatkan 1.6 juta pengguna di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.

Rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bermula sejak 2008 tanpa sebarang penyelesaian dan kemelut itu telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air, khususnya berkaitan kualiti dan kuantiti air di negeri ini.

Kelantan merupakan negeri kelapan yang melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air seperti diperuntukkan di bawah Akta 655 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Perlis dan Perak.

Ahmad berkata pada 2001, kerajaan negeri telah mendapat pinjaman sebanyak RM600 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk tempoh 15 tahun, namun keperluan sebenar untuk jangka masa tersebut adalah sebanyak RM2 bilion.

"Sebelum itu, segala pembiayaan pembangunan air di Kelantan oleh AKSB dibantu sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Kelantan sebenarnya memerlukan lebih RM5 bilion bagi membangunkan bekalan air 'Lost Development Years' bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat tiga peratus setiap tahun," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan