1 Tan Asid Nitrik Tumpah Di Kawasan Kilang

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 11:51 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pekerja sebuah kilang solar di Bayan Lepas, dekat sini gempar selepas berlaku tumpahan asid nitrik di luar stor kilang itu pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Media Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Azman Hussin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.39 petang dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 14 minit kemudian.

"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama tujuh pegawai serta anggota tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku tumpahan lebih 1 tan asid nitrik di kawasan luar stor kilang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya pihaknya mendapatkan bantuan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan dan menurutnya tiada mangsa atau pekerja kilang yang mengalami sesak nafas atau cedera akibat kejadian itu.

Menurutnya asid nitrik merupakan antara bahan kimia berjadual berbahaya kepada persekitaran dan udara serta jika ia bertindak balas dengan air boleh menghasilkan wap yang memberi kesan kepada manusia termasuk luka terbakar, pedih mata dan pengsan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tumpahan , asid nitrik , Bayan Lepas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan