Anjing Ditemui Mati Dipercayai Dicampak Dari Tingkap

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 5:22 PM

Posting Nina mengenai seekor anjing yang didakwa dicampak oleh pemiliknya dari tingkap sebuah pangsapuri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seekor anjing ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkap sebuah pangsapuri oleh pemiliknya.

Sekeping nota berserta gambar seekor anjing yang sudah mati dikongsi di laman Facebook oleh pengguna bernama Nina Zainal yang mendakwa menyaksikan insiden tidak berperikemanusiaan itu.

"Saya tahu apa yang anda lakukan terhadap anjing malang yang secara kejamnya dicampak dari balkoni rumah anda.

"Atas sebab apa anda bertindak demikian saya tidak ingin tahu kerana tiada sebab untuk berkelakuan kejam terhadap apa jua makhluk bernyawa! Saya telah membuat laporan polis dan sudah memaklumkan kepada Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA)," kata Nina dalam sekeping nota kepada jirannya yang melakukan perbuatan kejam itu.

Dalam tulisannya di Facebook, Nina berkata beliau menjumpai anjing malang tersebut selepas terdengar bunyi bising semasa menonton televisyen.

"Kebiasaan saya balik dari kerja memang akan buka tingkap rumah kerana saya bela kucing.

"Saya kemudiannya memanjat tingkap untuk memeriksa apa benda yang terjatuh dan terkejut apabila jiran atas mencampak anjingnya," tulisnya.

Jelas Nina, beliau tahu jirannya di tingkat atas melakukan perbuatan kejam itu kerana terdengar bunyi mereka menutup tingkap dan tapak kaki mereka berlari.

Katanya, beliau membuat laporan mengenai insiden itu kepada pihak keselamatan pangsapuri terbabit dengan segera selain membuat laporan polis.

"Saya pergi ke rumah jiran di tingkat atas dan menjerit dari luar seperti orang gila kerana saya amat marah di atas perlakuan kejam mereka," katanya.


Tags / Kata Kunci: anjing , dicampak , pangsapuri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan