FGV Serah Zakat RM3.27 Juta

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada Rabu menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.27 juta kepada Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Zakat itu telah diserahkan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kepada Setiausaha MUIS Yusof Abd Abbas yang disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Isa berkata jumlah zakat diserahkan FGV adalah berdasarkan keluasan tanah diberikan kepada Felda dan Sabah adalah negeri kedua yang mempunyai keluasan tanah terbesar selepas Pahang.

Felda mempunyai lebih 300,000 hektar ladang sawit di seluruh negara dan 104,000 hektar daripada jumlah itu adalah terletak di Sabah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata FGV kini memberi tumpuan kepada penanaman semula pokok sawit di atas tanah seluas 15,000 hektar setiap tahun di ladang sedia ada bagi meningkatkan jumlah pokok muda berkualiti menjelang 2020.

Beliau juga berkata pihak lembaga pengarah FGV telah memutuskan tidak ada pembelian ladang baharu pada tahun ini dan syarikat itu hanya akan memberi perhatian kepada ladang sawit sedia ada.

"Pada tahun akan datang, ia (pembelian ladang baharu) bergantung kepada keadaan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FGV Zakat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan