Satu Lagi Skim Biaya Rumah Mampu Milik Di Johor

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 9:35 AM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor melancar satu lagi Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik (RMMJ) dalam usaha menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 unit rumah mampu milik kepada penduduk menjelang tahun 2020.

Ia dilancarkan dengan kerjasama AmBank Islamic Berhad. 

Pada Mac lepas, RMMJ dilancarkan melalui Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) bagi memberi kemudahan pembiayaan berjumlah RM500 juta kepada pembeli rumah kos rendah dan mampu milik. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, skim pembiayaan RMMJ terbaharu itu yang mencecah peruntukan RM300 juta dijangka mampu menawarkan pembiayaan kepada kira-kira 4,000 pemohon.

"Ia adalah skim pembiayaan perumahan bersifat Islamik yang turut menjadi pertimbangan utama para penerima rumah mampu milik.

"Keduanya ia hanya memberi peluang kepada rakyat Johor yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan," kata Mohamed Khaled pada majlis menandatangi perjanjian (MoU) skim pembiayaan itu di sini, Selasa.

Kerajaan negeri diwakili oleh Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Mohammed Ridha Abd Kadir manakala AmBank Islamic diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eqhwan Mokhzanee.

Beliau berkata, dana skim itu turut datang dari kerajaan negeri yang diagihkan melalui sistem pembiayaan yang dikendalikan AmBank.

Mohamed Khaled juga berkata sehingga Julai lepas, hampir 9,000 daripada 24,000 penerima tawaran rumah mampu milik gagal mendapatkan pembiayaan kewangan.

Rumah mampu milik di Johor ditawarkan pada harga antara RM42,000 hingga RM150,000.

Sebanyak 6,430 unit akan disiapkan tahun ini menjadikan jumlah yang dbina sejak 2014 ialah 10,061 unit. - Bernama

Tags / Kata Kunci: rumah mampu milik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan