Semakan Semula Perjanjian Malaysia Untuk Kukuh Negara

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 1:15 PM

Tawfiq (tiga, kiri), Wilfred Bumburing (dua, kiri), Maijol (empat, kiri), Lina Soo (kiri) dan Dr Arnold Puyok (dua, kanan) pada sesi bual bicara tentang pembentukan Malaysia, Rabu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Langkah untuk menyemak semula Perjanjian Malaysia yang berusia 53 tahun adalah satu tindakan untuk mengukuhkan negara, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, ia juga menunjukkan kesediaan kerajaan untuk membina negara berdasarkan matlamat asalnya, di samping menamatkan rungutan daripada akar umbi.

"Kami agak gembira kerana kerajaan persekutuan terbuka kepada idea untuk mengkaji semula apakah hak-hak (rakyat) yang telah terhakis, atau belum dimasukkan (dalam Perlembagaan Persekutuan) atau mungkin telah terlepas pandang. 

"Tiada siapa yang pernah menyatakan butir-butir (spesifik) hak rakyat (yang digariskan dalam Perjanjian Malaysia) dan saya fikir kita perlu merebut peluang untuk berbuat demikian menerusi jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menjadi ahli panel dalam satu rancangan temu bual yang dirakam untuk program dalam talian 'Airtime with Ronnie Klassen', yang dijadualkan akan dimuat naik dalam laman Facebook program itu, Rabu.

Pada Jun, satu jawatankuasa teknikal, yang dipengerusikan bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dari Sarawak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dari Sabah, ditubuhkan untuk mengkaji penurunan kuasa kepada kedua-dua kerajaan negeri itu.

Jawatankuasa itu akan mengenal pasti isu kegagalan pematuhan dalam konteks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan serta Laporan Suruhanjaya Cobbold, dan akan menyediakan syor serta penyelesaian untuk pertimbangan kerajaan persekutuan. 

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing berkata semakan semula Perjanjian Malaysia itu telah lama tertangguh kerana ia sepatutnya dibuat 10 tahun selepas pembentukan negara.

Bagaimanapun, beliau gembira bahawa kerajaan bijak menangani rungutan rakyat dengan membentuk jawatankuasa teknikal.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Sabah, Datuk Maijol Mahap pula mengakui bahawa desakan pembangkang supaya Perjanjian Malaysia dikaji semula, adalah untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara.

Bagaimanapun, dengan ledakan maklumat menerusi platform media sosial, beliau berkata, kerajaan perlu pantas menangani rasa tidak puas hati rakyat, khususnya mengenai hak-hak mereka yang dipercayai tidak dipenuhi.

Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Arnold Puyok berkata kerajaan perlu responsif terhadap keperluan rakyat dan memastikan keselamatan mereka.

Ini, katanya, adalah juga satu tindakan patriotisme kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya.

Presiden Parti Reformasi Sarawak, Lina Soo berkata butir-butir mengenai hak rakyat dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Malaysia, oleh itu ia harus dilaksanakan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tawfiq Abu Bakar Titingan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan