Pancutan Air Dalam Feri Sebahagian Dari SOP - Pelabuhan P.Pinang

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 6:34 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebilangan pemandu dalam sebuah feri mendapat kejutan di sini awal pagi Rabu bila air tiba-tiba memancut keluar dari geladak utama hingga mencetuskan keadaan kelam kabut. 

Punca kejadian tidak diketahui tetapi gambar mengenainya dikongsi di laman Facebook dengan pengguna mempersoalkan insiden yang dianggap luar biasa itu. 

Namun, Penang Port Sdn Bhd menyatakan ia menyedari kejadian itu dan menjelaskan ia bukan sesuatu yang luar biasa. 

Dalam maklumbalasnya di Facebook, pihak berkuasa pelabuhan itu berkata, bahawa pancutan air itu adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP). 

"Kru akan memeriksa paras air (di tangki) bila feri siap berlabuh di terminal dan jika paras air rendah, kru akan menambah bekalan air.

"Mereka membuka lubang yang mengeluarkan bunyi ketika air diisi, dan bila air sampai ke parasnya, air akan terkeluar menerusi lubang itu, menunjukkan tangki sudah penuh. 

"Lubang itu akan ditutup," katanya. 

Bekalan air itu digunakan untuk bilik enjin, bilik air dan untuk keperluan domestik ketika feri melintasi laut.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Feri Pancutan Air

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan