Noh Akan Patuh Keputusan Kabinet Isu Pemaju Beri Pinjaman

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 2:27 PM

Noh Omar.

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Tan Sri Noh Omar berkata, beliau akan mematuhi apa sahaja keputusan Kabinet berhubung cadangan untuk membenarkan pemaju perumahan memberikan pembiayaan kepada pembeli rumah yang berpotensi.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu akan memberi penjelasan mengenai cadangan berkenaan kepada Kabinet pada Rabu.

Bercakap kepada pemberita, Noh berkata, beliau akan mematuhi keputusan Kabinet sekiranya ia menyuarakan pendapat bahawa cadangan itu tidak boleh dilaksanakan dan akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Bagaimanapun jika cadangan itu diluluskan Kabinet, Noh berkata, kementeriannya akan mengeluarkan garis panduan kepada pemaju perumahan untuk dipatuhi sekiranya mereka mahu memohon lesen bagi memberikan pinjaman.

Noh menjelaskan bahawa memberikan lesen kepada pemaju perumahan untuk menawarkan pembiayaan bukan sesuatu yang baharu.

"Terdapat peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang membenarkan perkara ini. Saya mahu mengumumkan cadangan ini secara rasmi kerana ada pemaju yang tidak mengetahuinya," kata Noh yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang. 

Tags / Kata Kunci: Noh Omar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan