UMNO Tidak Gentar Ancaman Parti Pribumi

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: UMNO sudah melalui pelbagai episod hebat penentangan parti politik lain terhadap pemimpin dan parti, maka ia tidak gentar  menghadapi ancaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) termasuk pada pilihan raya akan datang, kata seorang pemimpin UMNO negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tidak dinafikan parti itu akan membawa ancaman baharu, namun ini bukan kali pertama UMNO berdepan dengannya.

"Kami sudah melalui pelbagai episod pengalaman yang lebih hebat daripada itu dan terbukti UMNO mampu mengatasinya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Kepala Batas di Lahar Kepar di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata lihat sahaja apa yang dilalui UMNO pada 1988 yang ketika itu menyaksikan hampir dua pertiga ketua bahagian dan 20 peratus ketua-ketua Pemuda dan Wanita keluar parti pada tahun 1998 sewaktu krisis perlucutan jawatan bekas Timbalan Presidean UMNO Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dulu yang menentang bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamed siapa, selepas UMNO diharamkan, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, dan satu pertiga Kabinet beliau (Dr Mahathir).

"Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj), Perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn (juga pernah ditentang), tetapi kami dapat menghadapinya bukan sebab Tun Dr Mahathir, tetapi sebab UMNO.

Itu pun UMNO masih mengekalkan kepimpinan pada masa itu," katanya.

Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata biarpun kini cabaran terhadap parti itu datang daripada orang yang pernah menjadi 'nombor satu' dalam UMNO, ia tidak bererti UMNO tidak boleh menempuhi halangan dan cabaran.

Dalam pada itu Reezal Merican berkata sebanyak 55 ekor lembu telah dikorbankan pada majlis itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: UMNO , Pribumi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan