Penerbangan Pulang Jemaah Haji Bermula Sabtu Ini

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 10:13 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji Malaysia adalah pada Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 450 jemaah haji melalui penerbangan KT02.

"Semua jemaah haji pertama itu akan berlepas melalui penerbangan Saudi Arabia SV5644.

"Mereka akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Kuala Lumpur pada 10 malam waktu tempatan (3 pagi, Ahad waktu Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan haji pada musim haji kali ini.

Kesemua mereka tiba di tanah suci mulai 4 Ogos lalu membabitkan keseluruhan KT47.

Ketika ini para jemaah berada di Mina untuk melakukan lontaran di Jamrat.

Tags / Kata Kunci: Jemaah Haji , Tabung Haji

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan