MCA Kenal Pasti Awal Calon PRU14 - Berita Semasa | mStar

MCA Kenal Pasti Awal Calon PRU14

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 5:24 PM

Chong Sin Woon

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA mengambil langkah proaktif dengan mengenal pasti calon-calon yang layak bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon.

Beliau berkata langkah itu adalah antara persiapan awal parti itu dalam menghadapi PRU, selain mengadakan pelbagai program mendekati rakyat.

Pada 2014, MCA menubuhkan jawatankuasa pengelola PRU14 di bawah pimpinan Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang merancang dan membuat  persiapan pilihan raya termasuk peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

"Semua pihak termasuk akar umbi MCA perlu tingkatkan usaha bagi memenangi hati serta mendapatkan sokongan pengundi berbangsa Cina...ingin saya ingatkan bahawa kemenangan keseluruhan dalam pilihan raya umum akan datang tidak hanya berdasarkan kaum Cina sahaja.

"MCA berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia dan apa yang MCA perlukan adalah sokongan padu dari semua anggotanya," kata beliau ketika berucap merasmikan Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-37 di Wisma MCA Selasa.

Pesta Tanglung UKM ke-37 itu, yang berlangsung sepanjang semester satu 2016, bertujuan memperkenal kebudayaan Tionghua yang unik kepada masyarakat pelbagai kaum yang lain.

Pesta Tanglung itu juga menjadi saluran yang menyatupadukan pelajar baharu dan membolehkan mereka saling berkenalan dan berinteraksi sepanjang aktiviti dijalankan.
Tags / Kata Kunci: calon MCA , calon PRU14 , Chong Sin Woon
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan