MB Kedah Hanya Jalani Pemeriksaan Susulan

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan bukannya akibat kecemasan seperti yang diviralkan di laman sosial.

Setiausaha Akhbarnya, Nahar Tajri berkata Ahmad Bashah menjalani pemeriksaan susulan pada Ahad lepas bagi memastikan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan terbaik.

"Beberapa siri pemeriksaan susulan disalah anggap sebagai Menteri Besar dimasukkan ke Hospital kerana kecemasan adalah tidak benar.

"Apa yang terjadi adalah...Menteri Besar sendiri pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap kesihatannya," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan viral di laman sosial mengatakan Ahmad Bashah dimasukkan ke wad hospital berkenaan.

Nahar berkata pada masa ini, Menteri Besar sedang bercuti untuk berehat dan menyambut Aidiladha bersama keluarga di luar Kedah.

Katanya Ahmad Bashah hanya mematuhi arahan doktor supaya berehat dan tidak bertemu terlalu ramai orang dalam masa tertentu bagi mengelak jangkitan selepas pembedahan kecil yang dijalaninya pada Jun lalu.

Ahmad Bashah menjalani pembedahan kecil di Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lepas akibat komplikasi usus.

Beliau sebelum itu dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun.

Tags / Kata Kunci: MB Kedah , Ahmad Bashah Md Hanipah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan