Jiwa Murni YPM Rancak Bantu Kumpulan Sasar Luar Bandar - Berita Semasa | mStar

Jiwa Murni YPM Rancak Bantu Kumpulan Sasar Luar Bandar

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 9:00 AM

Abdul Karim (tengah) bersama pelajar Giat Mara membantu penduduk Kampung Kudong, Johor menerusi program Jiwa Murni YPM baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Jiwa Murni Yayasan Pelajaran Mara (YPM) hasil inisiatif Tabung Tanjak mengembangkan sayap bagi membantu kumpulan sasar di kawasan luar bandar seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, selepas ke perkampungan Orang Asli di Johor, pihaknya kini merancang ke Melaka pada hujung minggu depan.

"Jika di Johor kami bekerjasama dengan Giat Mara negeri untuk menaik taraf rumah penduduk dan memperbaiki pendawaian sekolah, yang menariknya untuk projek kedua nanti YPM menyasarkan sekolah tahfiz termasuk membaiki asrama pelajar," katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Abdul Karim berkata, menggunakan kaedah sama iaitu bekerjasama dengan pihak Giat Mara dan pertubuhan bukan kerajaan setempat, YPM juga berhasrat melaksanakan program sama di rumah anak-anak yatim.

Katanya, dua lagi loksi yang bakal dikunjungi bulan ini adalah di sebuah lagi sekolah tahfiz di Gombak, Selangor hasil kerjasama dengan sektor korporat dan Pulau Banggi di Sabah.

"Istimewanya, projek ke Pulau Banggi tercetus apabila gambar seorang budak lelaki ke sekolah menggunakan beg daripada kotak menjadi viral.

"Hasil pemeriksaan YPM, kami dapati ramai lagi anak-anak di pulau berkenaan yang wajar dibantu di mana keseluruhannya ada 17 sekolah rendak," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama dengan Mara Sabah selain Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah diatur bagi mewujudkan Pusat ESM (English, Sains, Matematik) menerusi Tanjak.

"Menerusi pelan yang dirangka, kami bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah seorang pelajar, malahan pelbagai isu pembelajaran keseluruhan pelajar dapat ditangani," katanya.


`
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan