Ibadah Korban Didik Umat Islam Patuh Agama, Bersyukur

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 2:57 PM

KORBAN... Penduduk tempatan bersiap sedia untuk mengorbankan seekor lembu sempena sambutan Aidiladha, di pekarangan Masjid Jamil Huda Ampang hari ini. Sebanyak 19 ekor lembu korban disediakan oleh kariah masjid itu untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat. Umat Islam dituntut menyembelih binatang korban seperti unta, kambing, lembu atau kerbau mulai 10 Zulhijjah sesudah khutbah solat Aidiladha sehingga tiga hari berikut yang disebut hari-hari Tasyriq. - fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibadah korban mendidik umat Islam menjadi hamba yang patuh kepada agama dan bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata ibadah itu membolehkan umat Islam berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan termasuk fakir dan miskin.

"Diharapkan program yang kita jayakan pada hari ini dapat membuahkan hasil yang baik, ibadah korban mendidik kita menjadi hamba yang patuh kepada agama, bersyukur atas nikmat yang diberikan.

"Kita juga berharap hubungan dan kerjasama terjalin di antara masyarakat dan juga pelbagai agensi," katanya ketika berucap merasmikan Program Ibadah Korban Masjid Negara 2016 dengan kerjasama Al Rajhi Bank, di perkarangan Masjid Negara, di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Penolong Pengarah Masjid Negara Ustaz Amru Alhaz Adnan.

Pada majlis itu, sebanyak 15 ekor lembu dan tujuh ekor kambing korban  disumbangkan oleh pelbagai sektor dan individu sempena sambutan Aidiladha, termasuk daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Al Rajhi Bank. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Korban , Aidiladha

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan