Noh: Cadangan Pemaju Beri Pinjaman Dijelaskan Kepada Kabinet - Berita Semasa | mStar

Noh: Cadangan Pemaju Beri Pinjaman Dijelaskan Kepada Kabinet

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Cadangan supaya pemaju perumahan diberikan lesen pemberi pinjaman kepada pembeli rumah akan dijelaskan ke Kabinet pada Rabu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dan tumpuan akan diberikan kepada sama ada pemaju boleh memberi pinjaman kepada bakal pembeli hartanah yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman bank.

Beliau berkata pinjaman juga bertujuan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran membuat bayaran pendahuluan.

Noh berkata, cadangan itu bukan sesuatu yang baharu kerana sudah ada beberapa pemaju yang menyediakan kemudahan seperti ini pada masa lalu.

"Ia terpulang kepada Kabinet untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya pada majlis Hari Raya Haji di Pusat Khidmat Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: Noh Omar
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan