1MBD: Azmin Cabar Keputusan Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali bagi mencabar keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi, akan didengar pada 26 Okt ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazlin Othman menetapkan tarikh itu semasa prosiding di dalam kamar dengan dihadiri peguam Michelle Kummar yang mewakili Azmin.

Michelle ketika ditemui pemberita berkata permohonan anak guamnya itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Hanipah Farikullah.

Azmin, yang juga Anggota Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR, memfailkan permohonan itu pada 15 Ogos lepas dengan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, Azmin menuntut suatu deklarasi bahawa tindakan responden pertama iaitu perdana menteri untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.

Beliau juga menuntut suatu deklarasi bahawa klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden kedua (Amrin) adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan/atau Akta Audit 1957.

Selain itu, Azmin menuntut suatu perintah mandamus bagi memaksa semua responden, pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen atau dengan apa jua cara dengan serta-merta untuk mengklasifikasikan semula Laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.

Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berpelembagaan kerana dibuat dengan melanggar Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, katanya, keengganan responden untuk mengklasifikasikan semula laporan berkenaan adalah tidak munasabah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan