Vietnam Akan Ekstradisi Suspek Rampas MT Orkim Harmony

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Mahkamah Vietnam pada Isnin bersetuju untuk menyerahkan Malaysia lapan warga Indonesia yang ditahan tahun lalu kerana disyaki merampas sebuah kapal tangki minyak Malaysia, menurut beberapa laporan.

Mereka ditahan selepas bot mereka yang didakwa terlibat kemalangan ditarik pihak berkuasa Vietnam ke barat daya pulau Tho Chu.

Mereka ditahan menggunakan bot penyelamat selepas pegawai mendapati mereka membawa sejumlah besar wang tunai, dan dituduh merampas kapal tangki minyak MT Orkim Harmony.

Menurut pegawai, kedua-dua Jakarta dan Kuala Lumpur memohon supaya kumpulan lelaki itu diekstradisikan.

"Mahkamah Hanoi menolak permohonan Kedutaan Indonesia untuk membawa pulang suspek ke negara itu untuk perbicaraan," menurut laporan laman berita VNEXpress.

"Mahkamah menerima permohonan Malaysia untuk mengektradisi kesemua mereka ke negara itu," berdasarkan sokongan perundangan Vietnam bersama Malaysia, tambah laporan itu.

Kapal MT Orkim Harmony membawa kira-kira 6,000 tan petrol bernilai kira-kira AS$5.6 juta semasa ia dirampas pada 11 Jun tahun lepas, dalam perlayaran dari pantai barat Malaysia ke pelabuhan Kuantan di pantai timur.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, lapan orang yang merampas MT Orkim Harmony berjaya melarikan diri di dalam bot penyelamat di dalam gelap.

Kapal berkenaan adalah sasaran terbaharu para lanun yang semakin berani membuat rampasan laut di Asia Tenggara.

Mereka biasanya mensasarkan kapal tangki yang lebih kecil yang membawa petrol berharga, diesel dan minyak gas. - AFP




Tags / Kata Kunci: MT Orkim Harmony

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan