Trafik Sesak Di Lebuhraya Utara-Selatan Ke KL - Berita Semasa | mStar

Trafik Sesak Di Lebuhraya Utara-Selatan Ke KL

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 11:06 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bergerak perlahan setakat 10.15 malam Isnin berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas berakhirnya cuti umum sempena Aidiladha.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, antara kawasan yang bergerak perlahan adalah dari Bidor menuju ke Sungkai dan Sungkai ke Slim River.

"Terdapat kemalangan di KM418.2 dari Lebah Beringin ke Bukit Tagar melibatkan sebuah kereta di lorong kecemasan pada 10 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin malam.

Bagi arah selatan pula, trafik dilaporkan sesak di Senawang ke Seremban, Ayer Hitam ke Yong Peng dan Kulai Jaya ke Simpang Renggam serta Simpang Ampat ke Pedas Linggi akibat pertambahan kenderaan.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masih lancar setakat ini. 

"Bagaimanapun, keadaan sesak di Plaza Tol Gombak kerana bilangan kenderaan semakin meningkat di kawasan itu," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan