Kementerian Kesihatan Periksa 40 Disyaki Dijangkiti Zika

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 4:55 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang membuat pemeriksaan terhadap 40 kes yang disyaki dijangkiti virus Zika.

Ia susulan pemeriksaan yang telah dibuat terhadap kumpulan terdahulu membabitkan lebih 30 orang yang disyaki jangkitan itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, tiada tambahan kes Zika setakat ini sejak empat kes yang dilaporkan.

"Lebih 30 individu yang disyaki dijangkiti Zika sebelum ini disahkan negatif jangkitan itu. Kita masih mempunyai beberapa lagi dan pemeriksaan sedang dijalankan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC di sini.

Dr Subramaniam berkata, ujian dibuat di makmal-makmal, termasuk di perubatan swasta, yang perlu disahkan Institut Penyelidikan Perubatan sebelum pengumuman dibuat kementerian.

Beliau berkata, kementerian akan meneliti setiap kes membabitkan mereka yang disyaki dijangkiti virus zika.

Pada 1 September lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan kes pertama jangkitan Zika selepas seorang wanita berusia 58 tahun disahkan positif virus itu, sekembalinya dari Singapura pada 21 Ogos.

Wanita berkenaan melawat anak perempuannya, yang merupakan antara 11 rakyat Malaysia disahkan positif jangkitan Zika di Singapura.

Tags / Kata Kunci: Zika , S. Subramaniam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan