Ramai Bekas Ahli Umno Rayu Kembali Sertai Parti - Ku Nan

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 8:12 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ramai bekas ahli Umno yang merayu untuk dibenarkan kembali menyertai parti itu, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa terdapat ketua Umno bahagian dari Kedah merancang untuk meninggalkan parti.

"Dia (Mukhriz) kata ada yang mahu keluar, tetapi mereka yang kita pecat juga mahu kembali kepada kita," kata Setiausaha Agung Umno itu kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di Putrajaya, Isnin.

Ditanya sekiranya beliau mempunyai nama-nama mereka yang mahu kembali menyertai Umno, Tengku Adnan berkata "terlalu ramai yang merayu".

"Saya tidak mempunyai senarai tetapi lain kali, saya boleh sediakan senarai - mereka yang merayu, mereka yang kata tindakan tidak adil dikenakan ke atas mereka," kata Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Mengenai Pengerusi Tetap Umno Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti yang bertindak keluar parti, Tengku Adnan berkata, adalah lebih mereka berbuat demikian.

"Baharom dan Jarvanti adalah ahli parti yang sangat kontroversi.

"Adalah lebih baik mereka keluar parti daripada menjadi duri dalam daging.

"Jadi tiada masalah bagi mereka berdua keluar parti. Biarkan mereka pergi," katanya.

Pada Sabtu, Baharom mengumumkan beliau keluar Umno berikutan tiada keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi parti.

Tosrin turut mengumumkan keputusannya keluar Umno pada hari sama.

Tags / Kata Kunci: Umno , Tengku Adnan Tengku Mansor

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan