Atlet Paralimpik Terima Layanan, Ganjaran Sama Rata - KJ

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet Paralimpik akan menerima insentif dan ganjaran sama seperti atlet normal, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Pencapaian dan pengorbanan atlet Paralimpik perlu diiktiraf sama seperti rakan atlet lain.

"Hari ini Malaysia adalah satu-satunya negara yang memberi insentif yang sama kepada atlet normal dan mereka yang luar biasa," katanya menerusi laman media sosial Facebook pada Ahad.

Mengimbau ketika dilantik menteri tiga tahun lalu, Khairy menerima berita dari Lyon, Perancis mengenai atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang menang di Kejohanan Atlet Dunia.

"Saya tanya seorang pegawai di kementerian jika ada insentif untuk atlet para yang menang dan saya dimaklumkan memang ada tapi mereka menerima ganjaran kurang 30 peratus berbanding atlet normal," katanya.

Tambah beliau, pada mesyuarat Lembaga  Majlis Sukan Negara, perkara itu dibangkitkan supaya dasar itu diubah supaya semua atlet mendapat ganjaran sama rata.

Khairy berkata, pada mulannya cadangannya itu dibantah dan beliau mempertahankannya dengan meminta mereka memikirkan kepayahan yang dilalui atlet kurang upaya untuk bergelar juara dunia.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Muhammad Ziyad kerana memberi keberanian untuknya mengubah layanan kepada atlet para.

"Saya bangga dengan hero para negara 100 peratus kerana telah buktikan mereka luar biasa," katanya.

Khairy juga memaklumkan atlet Paralimpik negara akan tiba pada 22 September dan menggesa rakyat negara ini untuk menyambut kepulangan mereka.

Tags / Kata Kunci: KJ , Paralimpik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan