Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Setakat 12 Tengah Hari

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 2:09 PM

Keadaan trafik Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Utara bergerak perlahan berikutan warga kota pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Aidiladha Isnin ini.
 Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan setakat pukul 12 tengah Sabtu susulan orang ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang menyambut Aidiladha dan cuti sekolah. 

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan di Bukit Lanjan menuju Rawang, Behrang ke Slim River, Terowong Menora ke Sungai Perak, Jawi ke Bandar Casia dan Permatang Pauh menghala ke Sungai Dua berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Di selatan trafik turut bergerak perlahan dari Seremban menuju Senawang dan Skudai ke Senai, katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik dilapor perlahan di Plaza Tol Gombak menghala ke Lentang dan Plaza Tol Karak menuju ke arah Timur.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan