Pengakuan Bekas Militan IS

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika berita mengenai kumpulan militan IS keluar dari Syria pada 2014, Hisan (bukan nama sebenar) sudah pun mengetahuinya.

Malah, dia sudah menyertai kumpulan itu sejak 2012 bagi memperjuangkan apa yang dilihatnya sebagai musuh.

"Bila kumpulan pertama wajah-wajah rakyat Malaysia dilihat di Syria, saya menyedari tibalah masa untuk saya pergi (ke Syria).

"Ia merupakan matlamat nombor satu saya untuk berada di Syria... untuk menjadi antara yang terpilih," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Star.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mencapai matlamatnya itu.

Perbualan telefon bersama seorang anggota kanan IS membawa polis kepada penahanannya.

"Kami bercakap mengenai apa yang perlu untuk dilakukan tetapi tiada arahan.

"Perbualan itu adalah mengenai melakukan sesuatu. Ia selari dengan apa yang boleh dilakukan sekiranya seseorang mahu pergi ke Syria tidak dapat berbuat demikian," katanya, sambil menambah bahawa mereka berbincang mengenai apa yang boleh mereka lakukan di Malaysia.

Hisan dihukum penjara lapan bulan dan kini sudah berubah.

Dia berjaya mengubah kehidupannya. Jika dahulu mahu memusnahkan sesuatu, dia kini mahu membantu masyarakat.

"Masuk penjara merupakan satu hadiah kerana saya melihat perkara-perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Ia membuka mata saya kepada dunia yang sangat berbeza di dalamnya. Saya melihat ramai orang bermasalah, malah di sana juga terdapat mereka yang keluar masuk (penjara) sebanyak 20 kali.

"Ia membuatkan saya terfikir jika mereka memilih untuk berjihad sebagai jalan mudah, ia akan membawa kepada lebih banyak tindakan keganasan dan huru-hara.

"Saya perlu mereka ini daripada membiarkan mereka sesat dan mula mengebom orang lain," katanya.

Selain mendapatkan khidmat kaunseling di penjara, Hisan turut membantu beberapa banduan dengan berkongsi ilmu agama Islam dengan mereka.

"Saya mempunyai keinginan untuk membantu mereka yang lain. Mungkin ia telah mengubah saya. Dahulu, saya lebih gemar bersendirian.

"Di penjara, saya melihat segelintir orang yang berkelakuan buruk. Sifat baik perlu dipupuk dalam diri mereka. Saya fikir mungkin meninggalkan IS adalah demi kebaikan," katanya.

Bekas anggota militan itu mengakui tidak selesa untuk bercakap mengenai IS sekarang.

"Keutamaan saya sekarang adalah melakukan perkara-perkara yang baik dan membantu saudara sesama Islam supaya memahami agama dengan lebih baik," katanya.

Walaupun pada awalnya dia keberatan, Hisan akhirnya berkongsi mengenai bagaimana dia terlibat dalam IS.

"Saya mahu mempelajari mengenai Islam secara menyeluruh dan bersedia untuk ke Jannah (syurga). Pada masa itu, saya membuat kajian menerusi banyak buku dan ulama.

"Saya memilih IS bukan sekadar dengan melayari laman web dan memilih Mujahiddin, kumpulan yang saya ingin sertai. Saya mengambil masa enam bulan untuk membuat kajian sebelum menemui IS," katanya.

Dalam pada itu, Hisan yang melangkah ke hadapan turut mengecam mereka yang bertanggungjawab terhadap pengeboman Movida termasuk mereka yang merancang untuk mengadakan serangan di negara ini, baru-baru ini.

"Saya rasa orang-orang ini telah terkeliru bahawa mereka hanya mengikut seorang individu tertentu. Pada masa saya (dalam IS) saya tidak melihat perkara-perkara sebegini. Saya tidak pernah mahu untuk menyerang negara saya sendiri.

"Sekarang, ada seorang individu yang sedang mengarahkan orang lain untuk mengebom sasaran di Malaysia dan juga mengeluarkan perintah membunuh.

"Bagi saya, ia adalah mengenai berkongsi pengalaman dan pengetahuan Islam saya, bukannya melaungkan perintah menerusi Facebook. Anda perlu mempunyai asas yang kukuh untuk bercakap tentang Islam," katanya.

Adalah mengecewakan apabila segelintir anggota IS tertentu yang fanatik mendera ulama hanya kerana perbezaan pandangan.

"Daripada menyerang mereka (ulama), kenapa tidak melibatkan mereka. Adakah pengajaran Islam anda lengkap berbanding ulama-ulama itu," soalnya.

Walaupun segelintir pihak yang melihat penyertaan dalam IS sebagai penyelesaian untuk bertaubat, Hisan berkata, terdapat pihak lain untuk berjuang demi Islam.

"Ia bukan mengenai bermatian kerana Islam tetapi sebaliknya adalah mengenai anda hidup sebagai orang Islam.

"Semua orang perlu bermula dari asas Islam - Rukun Islam.

"Bagi saya, saya menyempurnakan segala-galanya dalam Rukun Islam, termasuk solat," katanya.

"Orang lain di dunia terpaksa bergaduh untuk mendapatkan sesuap nasi tetapi Malaysia aman.

"Kenapa perlu sesiapa mencetuskan masalah di sini?" soalnya.



“I feel these people have been misled as they only follow this one particular individual. In my time (in IS) I did not see such things. I never wanted to attack my own country.

“Now, one individual is ordering others to bomb targets in Malaysia and even issuing kill orders.

“For me, it is about sharing my experiences and knowledge of Islam, not barking orders through Facebook. To talk about Islam, you need to have a solid foundation,” he said.

It was unfortunate as well that certain fanatic IS members abused Islamic scholars just because of differing views.

“Rather than attack them (the scholars), why not engage them? Are your Islamic teachings complete compared to that of the scholars?” he questioned.

While some looked at joining IS as a solution to repent, Hisan said there was another way to fight for Islam.

“It is not about dying for Islam but instead about how you live as a Muslim.

“Everyone must start back from the basics of Islam – the pillars of Islam.

“In my case, I perfected everything in the pillars of Islam, including the solat and reading the Quran,” he said.

“There are other people in the world that have to fight even to get a spoon of rice but in Malaysia we have peace.

“Why should anyone want to cause trouble here?” he asked.







Tags / Kata Kunci: IS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan