Pelajar Terlepas ETS Dapat Tiket Percuma KTMB

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 8:52 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nasib seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang terlepas keretapi elektrik (ETS) untuk pulang menyambut Aidiladha di kampung pagi Jumaat mendapat perhatian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menawarkan tiket baharu secara percuma.

Nurul Khairiah Ahmad Zaki, 22, yang terkandas di Stesen Gombak lebih sejam akibat gangguan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dari Setiawangsa ke KLCC telah menerima panggilan telefon daripada pihak KTMB yang menawarkan tiket pulang ke Taiping, Perak pada 10.30 pagi Sabtu.

"Saya terkejut menerima panggilan KTMB, saya gembira akhirnya dapat pulang menyambut Aidiladha bersama keluarga," katanya kepada Bernama pada Jumaat malam.

Bernama sebelum ini melaporkan nasib Nurul Khairiah yang buntu untuk pulang ke kampung berikutan tidak mempunyai cukup wang untuk mendapatkan tiket lain selepas terkandas akibat gangguan LRT itu.

Sementara itu, Nurul Khairiah dalam status terkini di laman Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantunya pulang ke kampung terutama KTMB, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

"Terima kasih dalam membantu menyelesaikan urusan saya hari ini. Kepada semua yang telefon, mesej Facebook dan WhatsApp, saya ucapkan terima kasih kerana turut sama membantu dan bertanya khabar. Siap ada yang nak belikan tiket pula.

"Alhamdulillah, Allah mengurniakan orang yang terbaik membantu saya hari ini. Semoga kita mendapat rahmatNYA dan permudahkan urusan kita," katanya.

Perkhidmatan LRT laluan Setiawangsa-KLCC terjejas ketika waktu puncak pada 9.10 pagi Jumaat apabila sebuah tren dari Stesen Datuk Keramat menuju ke Stesen Jelatek tiba-tiba berhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai. 

Perkhidmatan LRT dapat dipulihkan pada 11.45 pagi dan ini adalah insiden kedua perkhidmatan LRT terjejas dalam minggu ini.

Rabu lepas, ribuan pengguna perkhidmatan LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas bermula 7 pagi dan kembali beroperasi sepenuhnya pada 1.15 tengah hari. - Bernama

Tags / Kata Kunci: ETS , KTMB , Nurul Khairiah Ahmad Zaki

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan