SPRM: Pasukan Petugas Khas Ditubuh Tangani Isu DBKL

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 12:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi meneliti secara khusus mengenai isu kelemahan sistem dan prosedur di DBKL.

Menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, penubuhan pasukan tersebut merupakan usaha sama susulan beberapa pegawai kerajaan disiasat baru-baru ini atas kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Pasukan petugas khas ini bertujuan untuk penambahbaikan dalam usaha memantapkan proses kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

"Ia bagi menutup ruang dan peluang dari berlakunya ketidakpatuhan dalam pelaksanaan projek-projek di DBKL dengan meneliti punca-punca kelemahan yang wujud dan memperakukan cadangan serta nasihat bagi mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasinya," menurut kenyataan itu.

Diketuai Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, pasukan tersebut turut dianggotai pegawai-pegawai daripada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan serta Bahagian Siasatan SPRM, dan Jabatan Integriti DBKL.

Sebagai permulaan, menurut suruhanjaya itu, pasukan tersebut mengenal pasti lima isu berkaitan amalan, sistem dan tatacara kerja yang melibatkan lima jabatan di DBKL.

"Antara isu ialah pengurusan projek perumahan penswastaan, garis panduan pembelian hartanah oleh pegawai dan kakitangan, pemilikan dan pengisytiharan harta, pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA), serta pemantauan pembangunan tanah di ibu negara," katanya.

Sehubungan itu, pasukan petugas khas akan merangka beberapa cadangan kepada pihak DBKL untuk mengukuhkan tatacara kerja pegawai dan kakitangan serta sistem dan prosedur organisasi.

"SPRM berharap kerjasama antara dua pihak akan membuka ruang kepada agensi-agensi lain untuk turut bekerjasama bagi membendung perbuatan salah guna kuasa dan penyelewengan sekaligus memperkukuhkan lagi tatacara kerja dalam sektor awam," tambah kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: SPRM , DBKL

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan