Nazir Puji Johari Tolak Cadangan Pemaju Beri Pinjaman Perumahan

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dipuji kerana tegas menentang cadangan untuk membenarkan pihak pemaju memberikan pinjaman perumahan kepada pembeli.

Tokoh perbankan Datuk Seri Nazir Razak berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada golongan kelas pertengahan supaya boleh mengakses untuk membuat pinjaman bank pada harga berpatutan, manakala pinjaman subsidi diberi kepada yang benar-benar memerlukan.

"Syabas Menteri Kewangan II  yang pantas dan tegas menentang cadangan yang berbahaya itu.

"Lebih ramai peminjam dan urusan pinjaman akan menimbulkan risiko krisis hutang," jelas adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Beliau turut menambah bahawa lebih banyak rumah mampu milik diperlukan.

Pada Sabtu, sebuah portal berita melaporkan bahawa Johari tidak bersetuju dengan cadangan untuk pemaju memberi pinjaman perumahan kepada pembeli.

Beliau menjelaskan bahawa pemaju itu sendiri memerlukan pinjaman dari bank untuk memulakan projek perumahan dan tidak masuk akal jika mereka pula memberi pinjaman kepada pembeli.

Selain itu, pada Jumaat, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pemaju boleh diberikan lesen pinjaman wang untuk memberi pinjaman kepada pembeli rumah yang gagal mendapatkan pinjaman daripada bank.

Tags / Kata Kunci: Pemaju Beri pinjaman , Tolak cadangan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan