Anggota Umno Diminta Henti Bernostalgia Jasa Tun Mahathir - Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 5:58 PM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama barisan kepimpinan Umno Bahagian Kuantan menyanyikan lagu 'Bersatu Bersedia Berkhidmat' sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuantan, Sabtu. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat (dua, kiri).

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Anggota Umno diminta tidak terus bernostalgia dengan jasa Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sebaliknya perlu menumpukan kepada kerja untuk memperkukuh parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak menafikan jasa bekas perdana menteri itu terhadap pembangunan negara ini namun anggota Umno perlu sedar bahawa Dr Mahathir sudah tidak lagi berada dalam landasan perjuangan yang sama dengan parti berkenaan.

"Jangan kita terkenang-kenang akan jasa Tun Dr Mahathir sehingga perahu kita terumbang-ambing. Beliau sekarang sudah berada dalam perahu lain yang mana beliau bukan hendak menolong perahu kita pun.

"Sebelum beliau tebuk perahu kita, maka adalah lebih baik kita tebuk perahu beliau dahulu. Apa yang penting ahli Umno perlu buat sekarang adalah menguatkan parti dan terus bekerja demi bangsa, agama dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuantan di sini, Sabtu. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ismail Sabri yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata penubuhan Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (PPBM) oleh Dr Mahathir jelas bertujuan untuk memecah-belahkan anggota Umno.

"Tujuan mereka adalah untuk memecah-belahkan Umno kerana pada mereka kalau Umno berpecah-belah, maka orang Melayu juga akan berpecah. Ini kerana kekuatan orang Melayu terletak pada Umno," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ismail Sabri , Umno , Dr Mahathir Mohamad , PPBM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan