Grab Tawar Servis Percuma Semasa Gangguan LRT

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat kongsi perjalanan Grab telah menawarkan perjalanan percuma untuk pengguna Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dari atau ke laluan Kelana Jaya, semasa berlakunya dua gangguan perkhidmatan pengangkutan awam itu pada waktu puncak minggu ini.

Pengumuman tersebut dibuat susulan pengendali LRT, Prasarana Malaysia menawarkan tambang percuma selama tiga hari dari 13 sehingga 15 September pada minggu depan.

Tawaran Prasarana itu sebagai satu cara menghargai kesetiaan pelanggan, selepas kesulitan yang dihadapi ribuan pengguna pada Rabu dan Jumaat.

Pengguna Grab diminta untuk menggunakan kod promo FREE2LRT dan memilih tempat mengambil dan menghantar, di mana-mana stesen LRT di sepanjang laluan Kelana Jaya.

"Kami akan bawakan anda secara percuma. Jangan lepas peluang ini, lebih-lebih lagi Prasarana turut menawarkan perkhidmatan LRT secara percuma kepada anda.

"Elakkan berdepan kesulitan untuk mencari tempat letak kereta dekat stesen atau membayar parkir sepanjang hari. Anda juga tidak perlu berjalan di tengah panas (dan kadang-kadang hujan)," menurut Grab dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Akibat gangguan dua perkhidmatan minggu ini, Prasarana ditegur Kementerian Pengangkutan, selepas imej ribuan pengguna dan penumpang berjalan di atas trek pada waktu pagi ketika hujan menjadi viral di media sosial.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Prasarana memberikan penjelasan berhubung gangguan perkhidmatan itu.

Beliau menganggap insiden kedua dalam tempoh seminggu itu sebagai membimbangkan. "@MyRapidKL should explain LRT breakdown this morning. Concerned abt recent disruptions. Two breakdowns in a week is very worrying," katanya dalam catatan Twitter beliau.

Tags / Kata Kunci: Grab , LRT

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan