Saya Tidak Sertai PPBM, Setia Bersama Umno - Ahmad Said

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama Umno dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ahmad, 59, yang menyertai Umno sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk Umno tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.

"Tun Mahathir Mohamad, telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk PPBM. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi PPBM.

"Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi...tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Kemaman, di sini.

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, berkata selain PPBM, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti PAS, PKR dan Amanah, namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati Umno.

Kata Ahmad, beliau tekad untuk terus kekal bersama-sama Umno bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.

"Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang Adun untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.

"Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli Umno...saya tidak berdendam cuma jangan kejutkan harimau yang sedang tidur," katanya yang turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah kepada kemunculan parti baharu.

Sementara itu, Ahmad meminta supaya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca apabila 686 daripada 973 perwakilan Umno bahagian itu tidak menghadiri persidangan perwakilan berkenaan.

Kemaman menjadi satu-satunya bahagian di Terengganu yang persidangan perwakilannya dirasmikan sendiri ketua bahagian dan Ahmad berkata walaupun menghadapi kekangan dari pelbagai sudut, beliau tetap berharap perwakilan akan terus memberi sokongan kepadanya serta parti.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Umno , Ahmad Said , PPBM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan